Isnin, 18 Mei 2009
KRITIKAN HIDUP
Jangan salahkan orang lain apabila kita dikritik oleh orang lain. Tetapi cuba kita muhasabah diri kita. Renung kembali apa yang telah kita lakukan. Tanya kembali pada diri apa salah kita? Dimana silap kita? Kadang-kadang kita tidak pernah sedar apa yang telah kita lakukan sehingga kita telah melukakan hati dan perasaan orang lain. Tetapi sudah menjadi lumrah manusia. Setiap kali dikritik orang lain, kita terus meradang sedangkan diri kita yang bersalah. Baik sangatkah kita ini sehingga tidak mahu mengakui kesilapan sendiri. Kita sengaja memburukkan orang lain demi menutup kesilapan sendiri. Itukah diri kita yang sebenarnya? Kenapa kita tidak pernah menyalahkan diri sendiri? Kita sebenarnya ego. Ego pada hati sendiri. Kita tidak dapat lari daripada dikritik, tetapi kita mampu membuatkan orang tidak mampu mengkritik kita. Marilah kita bersama-sama merenung kembali dimana kesilapan kita.
GURUKU PELITA ILMU

Bagaimana aku mampu untuk membalas segala jasamu cikgu sedangkan aku tidak mampu melakukan semua itu. aku hanya mampu berdoa untuk kebahagiaanmu di dunia dan akhirat. semoga engkau dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, diberi KEBAHGIAAN selamanya...wahai semua guruku, doakan anak muridmu ini mampu berbakti kepada anak bangsa seperti dirimu jua...TERIMA KASIH CIKGU....DIRIMU PELITA ILMU...
MAHKOTA BAHAGIA
KITA TIDAK PERNAH
DITAKDIRKAN BERSAMA
SEHINGGA TENGGELAM BUMI INI SEKALIPUN
ENGKAU BUKAN MILIKKU
AKU PERCAYA
DISATU MASA
ENGKAU AKAN TEMUI JUA
MAHKOTA BAHAGIA
SEPERTI YANG PERNAH
KITA LAFAZKAN DULU
KITA TAK MUNGKIN BERSAMA
NAMUN PERCAYALAH
KITA AKAN BAHAGIA
APABILA TIBA MASANYA....
DITAKDIRKAN BERSAMA
SEHINGGA TENGGELAM BUMI INI SEKALIPUN
ENGKAU BUKAN MILIKKU
AKU PERCAYA
DISATU MASA
ENGKAU AKAN TEMUI JUA
MAHKOTA BAHAGIA
SEPERTI YANG PERNAH
KITA LAFAZKAN DULU
KITA TAK MUNGKIN BERSAMA
NAMUN PERCAYALAH
KITA AKAN BAHAGIA
APABILA TIBA MASANYA....
KEMUDAAN
Kemudaan
Amat mahal kemudaan
Ketika gagah tubuh
Tak mungkin terjangkau harga
Dan akal mengukuh
Harga kemudaan, tidak di mata
Kerana mahal kemudaanmu
Jangan kau gandingkan dengan nafsu
Kerana kehandalan tubuh,
Kelak jatuh,
Akal merapuh,
Jika nafsu di tahap jaguh
Amat mahal kemudaan
Tidak terbanding oleh kaca keceriaan
Yang ditawarkan
Dipasaran kehinaan
Kerana mahal kemudaan itu
Kau gandingkanlah dengan ilmu
Ilmu meletakkan benar di ketinggian
Dan palsu dilemparkan
Amat mahal kemudaan
Amat murah kenodaan
Carilah kemuliaan
Hidup ini
Kesementaraan
Langgan:
Catatan (Atom)

