Isnin, 18 Mei 2009
KRITIKAN HIDUP
Jangan salahkan orang lain apabila kita dikritik oleh orang lain. Tetapi cuba kita muhasabah diri kita. Renung kembali apa yang telah kita lakukan. Tanya kembali pada diri apa salah kita? Dimana silap kita? Kadang-kadang kita tidak pernah sedar apa yang telah kita lakukan sehingga kita telah melukakan hati dan perasaan orang lain. Tetapi sudah menjadi lumrah manusia. Setiap kali dikritik orang lain, kita terus meradang sedangkan diri kita yang bersalah. Baik sangatkah kita ini sehingga tidak mahu mengakui kesilapan sendiri. Kita sengaja memburukkan orang lain demi menutup kesilapan sendiri. Itukah diri kita yang sebenarnya? Kenapa kita tidak pernah menyalahkan diri sendiri? Kita sebenarnya ego. Ego pada hati sendiri. Kita tidak dapat lari daripada dikritik, tetapi kita mampu membuatkan orang tidak mampu mengkritik kita. Marilah kita bersama-sama merenung kembali dimana kesilapan kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan