Kemudaan
Amat mahal kemudaan
Ketika gagah tubuh
Tak mungkin terjangkau harga
Dan akal mengukuh
Harga kemudaan, tidak di mata
Kerana mahal kemudaanmu
Jangan kau gandingkan dengan nafsu
Kerana kehandalan tubuh,
Kelak jatuh,
Akal merapuh,
Jika nafsu di tahap jaguh
Amat mahal kemudaan
Tidak terbanding oleh kaca keceriaan
Yang ditawarkan
Dipasaran kehinaan
Kerana mahal kemudaan itu
Kau gandingkanlah dengan ilmu
Ilmu meletakkan benar di ketinggian
Dan palsu dilemparkan
Amat mahal kemudaan
Amat murah kenodaan
Carilah kemuliaan
Hidup ini
Kesementaraan


Tiada ulasan:
Catat Ulasan