Khamis, 21 Mei 2009

TERIMA KASIH MAK


Assalamualaikum semua...amboi...tetiba ja ari ni rasa rindu kat mak angkat aku tu. Di dewan makan kolej aku, semua orang panggil 'Mak' kat mak angkat aku ni. Eh, ya ka semua?hhaha.. Dia memang baik sangat, rasa macam mak sendiri pulak. Mana tidaknya, kalau la aku ngan acik, mun nak kuar, mesti dia pesan macam2. First skali jaga diri ar, pastu jaga beg duit, pastu jaga enset, macam2 la lagi. sebijik macam mak aku kat rumah...hehe...Ni bila aku balik Kampung, tringat pulak kat Mak. Gambar yang kat sebelah tu kami ambil lepas diner kat Putrajaya dulu. Yang pakai kot tu plak abang Pian. Dia senior aku lah. La ni dok kolej mana tah. Aku lupa dah. berbalik kepada Mak aku nih, dia tak pernah nak sakitkan ati budak2 yang degil macam kami nih. Senyum ja kejanya...Mak, cek doakan Mak chat2 selalu, panjang umuq, murah rezki. Amin...

Rabu, 20 Mei 2009

KITA TERPISAH DIBALIK SANA















Kita bertemu dibalik sana
dikala aku lemas di hamparan waktu
menghitung saat-saat berlalu
mampukah kita terus bersatu
menjulang panji-panji keagunganMu
yang aku tidak pasti
yang aku tidak mampu
yang aku tidak mengerti
itukah kita yang sebenarnya
menghilang tanpa bicara
masing-masing
terpisah dibalik sana.

TEKNIK HILANGKAN TENSION PALING BERKESAN


LANGKAWI- Penyelidik bebas Haminah Hamidod menemui kaedah terbaik untuk menghilangkan tekanan kerja, baru-baru ini.

Menurut beliau, bagi menghilangkan tekanan kerja sepanjang hari, beliau menggunakan kaedah yang lebih murah dan menjimat masa iaitu dengan cara membuat kanak-kanak menangis.

Katanya lagi, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menarik telinga kanak-kanak tidak kira sebelah kanan atau kiri. selepas itu biarkan mereka menangis.

"Tangisan kanak-kanak sebenarnya dapat menghilangkan tension bagi mereka yang mengalami masalah hypertension yang kritikal tau, tapi kalau tak tension sangat tuh, jangan dok cari pasal" katanya ketika sesi kaunseling bersama pakar sakit jiwa.

Selasa, 19 Mei 2009

APABILA ORANG DAH TAK ADA AKAL DAN KEIMANAN

Wanita maut leher dipulas

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
bhkb@bharian.com.my

Penyerang lebih daripada satu larikan cincin belah rotan

KOTA BHARU: Hanya kerana sebentuk cincin belah rotan, seorang wanita warga emas mati dicekik dan lehernya dipulas penyerang yang menyamun mangsa dalam kejadian di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Zahruddin Abdullah, berkata punca kematian Zaharah Sulong, 84, diketahui hasil bedah siasat dilakukan Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Siasatan di lokasi mendapati, lebih daripada seorang penjenayah memasuki rumah mangsa menerusi tingkap belakang tanpa disedari warga emas terbabit yang berada dalam bilik tidurnya.
"Berdasarkan kesan pada mayat, kita percaya mangsa cuba bergelut dengan penyerangnya tetapi tidak berjaya sebelum dia dicekik dan lehernya dipulas hingga menyebabkan kematian.


"Penjenayah terbabit yang kita percaya lebih daripada seorang, hanya memperoleh sebentuk cincin belah rotan yang dipakai mangsa sebelum mereka melarikan diri melalui pintu belakang," katanya di pejabatnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, mangsa yang berada di rumah itu bersama seorang anak perempuan yang kurang siuman, ditemui mati dengan kesan lebam pada leher dan tangan dalam bilik tidurnya yang turut berselerak.

Mayat Zaharah ditemui terbaring dalam bilik tidur itu oleh anak keduanya, Zubaidah Salleh, 40, yang juga seorang guru, sebaik pulang dari sekolah di Pasir Pekan,...........

AKU PUNYA PENDAPAT:

Apa punya manusia la sekarang nih. Takkan dah tak ada otak nak pikir kot. Bayangkan kepala nenek tu dia main pulas ja. Dia ingat kepala ayam kot. Cuba kepala dia yang orang pulas, baru dia tau langit ni tinggi ka rendah. Kalau dah tak dak duit sangat, mintak sedekah lg baik dari baik tau.Iini tak pasal-pasal nenek yang tua tu jadi mangsa. Kalau la kepala nenek dia orang bua
t macam tu, apa dia rasa. Yang betulnya manusia hari nih memang dah tak da otak kot. Maaf ya, bukan semua orang mcm tu. Tu lah aku kata, sebab Lembu sekor buat pasal, semua yang lain mati kena sembelih...huhuhu.......sampai bila la berita pasai mati kena bunuh, kena rompak, kena rogol, kena culik dan semua berita2 jenayah ni nak abih. Ya Allah, Kau Berilah Kami Hidayah Dan Petunjuk Darimu...Jauhkanlah Kami HambaMu yang lemah ini daripada menjadi mangsa manusia durjana ni....AMIN......

Isnin, 18 Mei 2009

KAYANYA KITA DENGAN MAKANAN.


Makan tak ingat Maklang. Gambar hiasan

Negara kita ni kaya dengan makanan. Lagi kaya bila waktu kenduri kendara. Mak aku selalu kata, "REZKI RIMAU"... Banyak la PLAK lauk pauk yang tak abis nak makan tu lepastu, tak abih terus bagi pokok pisang ngan pokok nyok yang makan. mana taknya, dah suma tak abih makan, mana lagi nak buang?Tapi kalau kat Somalia, rumput pun manusia terpaksa makan. kita kat sini suma montel2 ja, tapi depa kat sana, Masyaallah...nampak tulang-tulang kering ja...tapi kita kat sini payah nak bersyukur dengan kurniaan Allah. Yang kita buat, buang ja makanan yang tak abih...termasuk la aku sekali, dah nama pun "kita"...huhuhu...sedih la juga bila semua jadi gara-gara sikap kita yang mcm tak prihatin pun kat makanan yang melimpah tu...

LANGKAWIfm KEKAL DI HATI..


Alhamdulillah, syukur sangat sebab LANGKAWIfm sudi tima aku buat praktikel kat sini. Bukan apa, kalau aku dapat buat praktikel kat KL, mana aku nak cover duit poket...huhuhu...buat kat sini dekat sikit ngan rumah aku, tak cukup duit bleh hidup lagi, tapi kalau dok KL, tak dak duit, kirim salam ja lah...orang kata apa?ukur baju tu biar sesuai ngan badan sendiri...hehee..
Cita bab praktikel kat sini, tak sampai seminggu aku masuk sini, dah ada program Visual Radio Langkawifm di Teow Soon Huat. Fuh macam nak rak program nih. Penonton? huh, tak payah cakap la, punya la ramai...yang kat ATAS tu, dapat la gak aku bergambar ngan DJ2 n kakitangan Langkawifm yang sporting abih nih!!!!!!!!!!!apapun thanks suma sebab sudi trima hamba singgah kat sini sebelum hamba belayar balik ke KL...heheee....

PESANAN UNTUK TOKKEA


Ha, ni salah seekor penghuni rumah aku. Sebelum arwah bapak aku meninggal, dia pesan jangan halau atau bunuh binatang nih. Ada adik beradik aku yang mai rumah, depa suruh bunuh ja sebab katanya bawak sial. Tapi dah ingat pesan arwah bapak aku, kami biar ja. Yang bestnya bila dia bunyi, rasa something wei... aku jadi pelik kalau tokkea ni diam ja satu hari. Rindu plak jadinya..heheee...lagi hairannya pasal tokkea ni, dia akan bunyi bila time orang datang umah aku ngan waktu solat. Macam jam penggera solat pulak...ni lah kebesaran Allah. Setiap kejadiaanya, ada hikmahnya...kurang-kurang ada tokkea ni kat rumah aku, tak la sunyi sangat umah aku lepas arwah bapak aku meninggal. Bukan apa, lepas arwah bapak aku meninggal, rasa sedih sangat. Mau taknya, 11 tahun dia menderita kat rumah sebab angin ahmar, tiba-tiba ja dah takda, kami sunyi la...banyak pesan yang arwah bapaku tinggal sebelum dia pergi...aku pahatkan setiap pesanan itu sebagai amanat terakhir dari seoarang bapak...semoga rohmu dicucuri rahmat wahai bapakku..amin...pesan untuk tokkea, duduk belakang almari tu elok2 tau...jangan kacau kami dah la...heheheee...

KRITIKAN HIDUP

Jangan salahkan orang lain apabila kita dikritik oleh orang lain. Tetapi cuba kita muhasabah diri kita. Renung kembali apa yang telah kita lakukan. Tanya kembali pada diri apa salah kita? Dimana silap kita? Kadang-kadang kita tidak pernah sedar apa yang telah kita lakukan sehingga kita telah melukakan hati dan perasaan orang lain. Tetapi sudah menjadi lumrah manusia. Setiap kali dikritik orang lain, kita terus meradang sedangkan diri kita yang bersalah. Baik sangatkah kita ini sehingga tidak mahu mengakui kesilapan sendiri. Kita sengaja memburukkan orang lain demi menutup kesilapan sendiri. Itukah diri kita yang sebenarnya? Kenapa kita tidak pernah menyalahkan diri sendiri? Kita sebenarnya ego. Ego pada hati sendiri. Kita tidak dapat lari daripada dikritik, tetapi kita mampu membuatkan orang tidak mampu mengkritik kita. Marilah kita bersama-sama merenung kembali dimana kesilapan kita.

GURUKU PELITA ILMU


Bagaimana aku mampu untuk membalas segala jasamu cikgu sedangkan aku tidak mampu melakukan semua itu. aku hanya mampu berdoa untuk kebahagiaanmu di dunia dan akhirat. semoga engkau dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, diberi KEBAHGIAAN selamanya...wahai semua guruku, doakan anak muridmu ini mampu berbakti kepada anak bangsa seperti dirimu jua...TERIMA KASIH CIKGU....DIRIMU PELITA ILMU...

MAHKOTA BAHAGIA

KITA TIDAK PERNAH
DITAKDIRKAN BERSAMA
SEHINGGA TENGGELAM BUMI INI SEKALIPUN
ENGKAU BUKAN MILIKKU
AKU PERCAYA
DISATU MASA
ENGKAU AKAN TEMUI JUA
MAHKOTA BAHAGIA
SEPERTI YANG PERNAH
KITA LAFAZKAN DULU
KITA TAK MUNGKIN BERSAMA
NAMUN PERCAYALAH
KITA AKAN BAHAGIA
APABILA TIBA MASANYA....

KEMUDAAN

Kemudaan

Amat mahal kemudaan

Ketika gagah tubuh

Tak mungkin terjangkau harga

Dan akal mengukuh

Harga kemudaan, tidak di mata

Kerana mahal kemudaanmu

Jangan kau gandingkan dengan nafsu

Kerana kehandalan tubuh,

Kelak jatuh,

Akal merapuh,

Jika nafsu di tahap jaguh

Amat mahal kemudaan

Tidak terbanding oleh kaca keceriaan

Yang ditawarkan

Dipasaran kehinaan

Kerana mahal kemudaan itu

Kau gandingkanlah dengan ilmu

Ilmu meletakkan benar di ketinggian

Dan palsu dilemparkan

Amat mahal kemudaan

Amat murah kenodaan

Carilah kemuliaan

Hidup ini

Kesementaraan