Wanita maut leher dipulas
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
bhkb@bharian.com.my
Penyerang lebih daripada satu larikan cincin belah rotanKOTA BHARU: Hanya kerana sebentuk cincin belah rotan, seorang wanita warga emas mati dicekik dan lehernya dipulas penyerang yang menyamun mangsa dalam kejadian di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Zahruddin Abdullah, berkata punca kematian Zaharah Sulong, 84, diketahui hasil bedah siasat dilakukan Hospital Raja Perempuan Zainab II.
"Siasatan di lokasi mendapati, lebih daripada seorang penjenayah memasuki rumah mangsa menerusi tingkap belakang tanpa disedari warga emas terbabit yang berada dalam bilik tidurnya.
"Penjenayah terbabit yang kita percaya lebih daripada seorang, hanya memperoleh sebentuk cincin belah rotan yang dipakai mangsa sebelum mereka melarikan diri melalui pintu belakang," katanya di pejabatnya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, mangsa yang berada di rumah itu bersama seorang anak perempuan yang kurang siuman, ditemui mati dengan kesan lebam pada leher dan tangan dalam bilik tidurnya yang turut berselerak.
Mayat Zaharah ditemui terbaring dalam bilik tidur itu oleh anak keduanya, Zubaidah Salleh, 40, yang juga seorang guru, sebaik pulang dari sekolah di Pasir Pekan,...........
AKU PUNYA PENDAPAT:
Apa punya manusia la sekarang nih. Takkan dah tak ada otak nak pikir kot. Bayangkan kepala nenek tu dia main pulas ja. Dia ingat kepala ayam kot. Cuba kepala dia yang orang pulas, baru dia tau langit ni tinggi ka rendah. Kalau dah tak dak duit sangat, mintak sedekah lg baik dari baik tau.Iini tak pasal-pasal nenek yang tua tu jadi mangsa. Kalau la kepala nenek dia orang buat macam tu, apa dia rasa. Yang betulnya manusia hari nih memang dah tak da otak kot. Maaf ya, bukan semua orang mcm tu. Tu lah aku kata, sebab Lembu sekor buat pasal, semua yang lain mati kena sembelih...huhuhu.......sampai bila la berita pasai mati kena bunuh, kena rompak, kena rogol, kena culik dan semua berita2 jenayah ni nak abih. Ya Allah, Kau Berilah Kami Hidayah Dan Petunjuk Darimu...Jauhkanlah Kami HambaMu yang lemah ini daripada menjadi mangsa manusia durjana ni....AMIN......


Tiada ulasan:
Catat Ulasan